BERCERITA
KISAH KEKUASAAN ALLAH
Ketika Rasulullah saw sedang berehat bersama tenteranya semasa memerangi tentera pimpinan Daksyur bin Al Harisah di Zhi Umar, baginda telah menanggalkan bajunya yang basah. Tiba-tiba Daksyur datang dengan sebilih pedang yang terhunus dari arah belakang Rasulullah saw sambil bertempik dengan garang,
” Siapakah yang dapat menyelamatkan engkau wahai Muhammad”
Rasulullah menjawab, ”ALLAH”. Mendengar jawapan itu, Daksyur gementar ketakutan sehingga pedang yang dipegangnya terjatuh. Baginda mengambil pedang itu lalu berkata,
”Siapakah yang boleh menyelamatkan engkau sekarang wahai
Daksyur”
Daksyur menjawab dengan ketakutan, ”Tiada sesiapa pun ”.
Rasulullah saw meletakkan pedangnya lalu berkata,
”Tidak mengapa Daksyur, saya maafkan kamu.”
Daksyur berkata dengan hairan,
”Wahai Muhammad, benarlah tuan ini Rasulullah!”
Akhirnya Daksyur memeluk Islam bersama pengikutnya.
Daripada kisah di atas, kita hendaklah yakin bahawa ALLAH sahaja yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
No comments:
Post a Comment