Friday, 30 November 2012

tanda kekuasaan allah di tubuh kita

Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta’ala.

Nama Allah pada 5 Jari Tangan

Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.


Bilangan Nama-nama Allah Pada Tapak Tangan


Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik).

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.


Saluran Udara Pada Paru-paru Membentuk Kalimah Tauhid


Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.



احمد = ا + ح + م + د = Ahmad
Perbuatan-perbuatan Dalam Solat Adalah Simbol Bagi Nama Nabi



Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu ‘Yang Terpuji’.

“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: “Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)” …… ” (Surah As-Shaaf : Ayat 6)


Otak Manusia Dalam Keadaan Seperti Orang Sujud Dalam Solat

Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.


Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fusshilat : Ayat 53).


Nama Allah Ketika Angkat Jari Telunjuk Pada Duduk Tasyahhud Dalam Solat


Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.

“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)
Sumber: http://www.bloggermuslim.com/

10 Astronaut Wanita India Melihat Tanda Kekuasaan Allah Di Angkasa Lepas



Ketika bahagian bumi lainnya nampak gelap, ternyata ada sebahagian kecil bumi yang nampak terang iaitu Mekah dan Madinah.
Sunita Williams 

Sunita William, seorang angkasawan/astronaut pertama India yang pada tanggal 2 Julai 2007 berada di angkasa luar, mengatakan bahawa dari atas seluruh permukaan bumi diliputi dengan kegelapan, namun betapa terkejutnya beliau  ketika melihat bumi dengan bantuan teleskop ada 2 tempat yang sangat berbeza, iaitu Mekah dan Madinah. Kedua tempat itu nampak terang jika dibandingkan dengan tempat-tempat yang lainnya. Masya Allah, Allah Maha Besar.

Keterangan: sebelah kiri adalah kota Madinah dan kanan adalah kota Mekah, Saudi Arabia

Selain itu, fenomena lain yang ditangkapnya adalah ketika gelombang suara dari bumi tidak mampu menembusi luar angkasa, ternyata suara Adzan kedengaran. Apakah ini suatu  perkara yang dianggap pelik atau merupakan suatu jalan dari Allah untuk menunjukkan  tanda-tanda kebenaran kepada beliau. 

Sunita Williams sendiri adalah seorang astronaut kelahiran Ohio tanggal 19 September 1965 dan orang tuanya berketurunan India-Slovenia. Bernikah dengan Michael J. William, seorang Polisi Federal di Oregon, USA. Sebagai astronomi pertama India, dia memegang rekod perjalanan luar angkasa untuk wanita : berada diluar angkasa terlama (195 hari), dan berjalan diluar angkasa selama 29 jam, 17 minit.

Read more: http://manmala.blogspot.com/2011/09/astronaut-wanita-india-melihat-tanda.html#ixzz2DlMGexmR

lagu salam

Thursday, 29 November 2012

KISAH RASULULLAH DI MEDAN PERANG



BERCERITA KISAH KEKUASAAN ALLAH

          Ketika Rasulullah saw sedang berehat bersama tenteranya semasa memerangi tentera pimpinan Daksyur bin Al Harisah di Zhi Umar, baginda telah menanggalkan bajunya yang basah. Tiba-tiba Daksyur datang dengan sebilih pedang yang terhunus dari arah belakang Rasulullah saw sambil bertempik dengan garang,

  Siapakah yang dapat menyelamatkan engkau wahai Muhammad”
Rasulullah menjawab, ”ALLAH”. Mendengar jawapan itu, Daksyur gementar ketakutan sehingga pedang yang dipegangnya terjatuh.  Baginda mengambil pedang itu lalu berkata,

”Siapakah yang boleh menyelamatkan engkau sekarang wahai 
  Daksyur”
         
Daksyur menjawab dengan ketakutan,  ”Tiada sesiapa pun ”.
Rasulullah saw meletakkan pedangnya lalu berkata,

”Tidak mengapa Daksyur, saya maafkan kamu.”

Daksyur berkata dengan hairan,
”Wahai Muhammad,  benarlah tuan ini Rasulullah!”

Akhirnya  Daksyur memeluk Islam bersama pengikutnya.
         
Daripada kisah di atas, kita hendaklah yakin bahawa ALLAH sahaja yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada segala-galanya.  Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

konsep alqudrat



Al Qudrat (Kekuasaan Allah SWT)


Definisi:
  1. Al-Qudrat ialah satu sifat daripada sifat wajib bagi
  2.  Allah Yang bererti Allah Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu.
  3. Kekuasaan Allah adalah mutlak. Allah tidak memerlukan
  4. bantuan, peralatan dan sokongan untuk berkuasa.
  5. Bukti Allah Maha Berkuasa dapat dilihat melalui firman-Nya
  6.  yang bermaksud:

“Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu,
 maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri.
 Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang
Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
(Al-An’am: 17)


       4. Bukti Kekuasaan Allah:
Bottom of Form



cerita kekuasaan Allah




Bukti Allah Berkuasa Memberikan Kehidupan Kepada Yang Tidak Wujud


Assalamualaikum.....

Penulis terbaca artikel ini yang dikongsikan di laman Facebook. Kisah ini boleh diambil pengajaran membuktikan betapa Allah itu berkuasa dalam menjadikan sesuatu dari tiada kepada ada, dan dari tidak wujud kepada wujud. Dari sudut pemikiran manusia, mungkin apa yang berlaku disifatkan sebagai mustahil namun di sisi Allah, tiada apa yang mustahil. Semuanya boleh sahaja berlaku dengan kekuasaanNya...

Seorang pemuda tentera yang berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya Allah. Seorang Kapten yang berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kepada kalangan tentera yang lain. Kapten tersebut memanggil beliau untuk  mengambil kunci jip askar untuk dialihkan kedudukannya ke tempat yang disediakan. Jawab pemuda itu, "Saya tidak boleh memandu, kapten" kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam memandu jip yang canggih tersebut. Kapten tersebut berkata, "Kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak" Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada Allah s.w.t. Ketika beliau sedang berjalan menghampiri jip tersebut, dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan jip tersebut ke tempat asalnya lalu beliau mematikan enjin jip tersebut. 

Pemuda itu keluar dari jip tersebut dengan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu jip  secanggih itu walaupun hanya beberapa meter sahaja pergerakan yang dilakukan. Selepas keluar dari jip tersebut, kelihatan kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya. Lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KEPADA TUHAN KAMU!!" 

Pemuda tersebut berasa hairan, lalu Kapten yang menyuruh pemuda itu mengalihkan jip tersebut membuka hud jip tersebut dan menunjukkan kepada pemuda itu bahawa jip tersebut tidak mempunyai enjin.... MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA... Melutut pemuda tersebut bersama tentera yang lain bersujud kepada ALLAH S.W.T...PEMUDA ITU BERKATA, "Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud..."